awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Statut Rom: Syed Saddiq pertahan Tun Mahathir

Sinar Harian
Sinar Harian
06/04/2019
22:30 MYT
Statut Rom: Syed Saddiq pertahan Tun Mahathir
SYED SADDIQ: "Langkah mayat saya dulu sebelum lucutkan Perdana Menteri kita. Perdana Menteri Malaysia." - Gambar fail BERNAMA
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu penarikan balik Statut Rom.
Menurutnya, beliau berdiri teguh di belakang Dr Mahathir dan menggelar pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan perdana menteri sebagai ‘pengecut sebenar’.
“Mereka yang menggelar Dr Mahathir sebagai pengkhiat kerana menandatangani Statut Rom dan mahu menggulingkannya dengan cara tidak demokratik adalah pengecut sebenar.
“Langkah mayat saya dulu sebelum lucutkan Perdana Menteri kita. Perdana Menteri Malaysia,” tulis beliau dalam hantaran Facebooknya.
BACA: Ada usaha burukkan PH guna isu Statut Rom - Tun Mahathir
BACA: Tarik diri sertai Statut Rom langkah bijak - Anwar
Pada Jumaat, Dr Mahathir mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Menurutnya, ia berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat sambil menegaskan keputusan itu dibuat bukan disebabkan Statut itu membahayakan negara.
Pada 4 Mac lepas, Malaysia menandatangani surat cara untuk menerima Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Wisma Putra dalam kenyataan berkata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC itu pada tarikh berkenaan.
Surat berkenaan kemudian diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.
Topic Berkaitan
#ICC
#jenayah
#Mahathir Mohamad
#mahkamah
#Malaysia
#PBB
#Perdana Menteri
#Saifuddin Abdullah
#Statut Rom
#Syed Saddiq
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan