awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri antara lima ditahan edar dadah

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2018
06:41 MYT
Suami isteri antara lima ditahan edar dadah
Ravi (dua, kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas pihaknya dalam serbuan di Taman Pengkalan Maju, Simpang Taiping.
Empat sekeluarga termasuk pasangan suami isteri ditahan reman tujuh hari kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Taiping.
Kesemua suspek termasuk seorang rakan mereka berusia lingkungan 15 hingga 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Taman Pengkalan Maju, Simpang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, Asisten Komisioner R. Ravi Chandran berkata, pihak polis menemui satu paket plastik dadah disyaki heroin seberat 460 gram bernilai RM13,800 yang disembunyikan di sebuah bilik di rumah tersebut.
Menurutnya, suspek pertama hingga keempat merupakan penganggur manakala suspek kelima adalah seorang pelajar sebuah sekolah menengah.
Ini merupakan barangan yang dirampas.
Ini merupakan barangan yang dirampas.
“Saringan ujian air kencing mendapati kesemua suspek negatif penyalahgunaan dadah namun, tiga daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah.
“Kesemua mereka kini ditahan reman tujuh hari sehingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini pada Rabu.
Tambah Ravi Chandran, pihaknya turut menyita ialah tiga buah kereta dan dua bua motosikal, barang kemas dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM60,480.
Dalam pada itu, beliau berkata pemeriksaan lanjut turut menemui lima paket dadah disyaki syabu anggaran berat tiga gram dengan nilai RM450.
Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada pelajar sekolah yang juga adik bongsu kepada suspek utama serta isteri terlibat dalam kes tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1958.
Topic Berkaitan
#Asisten Komisioner R Ravi Chandran
#Dadah
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak
#Simpang
#suami isteri
#Taiping
#Taman Pengkalan Maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan