awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri dihadap ke mahkamah palsu dokumen untuk balik kampung

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2020
03:48 MYT
Suami isteri dihadap ke mahkamah palsu dokumen untuk balik kampung
Pasangan itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam. Gambar Astro AWANI
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang atas dua pertuduhan memalsukan tarikh pada permit pengecualian pergerakan untuk balik ke kampung, sehari sebelum Aidilfitri lalu.
Ahmad Aizuddin Abd Mokhti dan Nur Farah Aina Muslim, masing-masing berusia 30 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Shamsul Azwa Martadza pada Khamis.
Ahmad yang juga pekerja kilang dan isterinya yang bekerja sebagai akauntan, didakwa mengemukakan memo dikeluarkan atas nama pakar perubatan keluarga Klinik Kesihatan Kubang Semang yang meragukan bertarikh 27 Mei 2020.
Semakan kemudian mendapati memo sebenar yang dikeluarkan klinik tersebut bertarikh 12 Oktober 2020.
Selain itu, mereka juga dituduh mengubah suai tarikh pada permit pengecualian pergerakan dari Balai Polis Kajang, iaitu dari tarikh asal 17 Mei 2020 ditukar kepada kepada 23 Mei 2020 menggunakan pen.
Kesalahan itu dilakukan di satu sekatan jalan raya di Plaza Tol Juru arah utara pada jam 3.30 petang, 23 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 465 dan 471 Kanun Keseksaan, yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Shamsul Azwa membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 seorang dan menetapkan 22 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazri Abdul Rahim, manakala tertuduh diwakili peguam Chiang Kian Hong.
Topic Berkaitan
#balik kampung
#Bukit Mertajam
#palsu dokumen
#PKP
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan