awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami YouTuber masakan terkenal direman tiga hari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/07/2020
05:27 MYT
Suami YouTuber masakan terkenal direman tiga hari
Suspek dibawa keluar dari Mahkamah Mjistret Ipoh hari ini. - Astro AWANI
Lelaki yang juga suami YouTuber masakan terkenal ditahan reman tiga hari kerana disyaki memiliki senjata berbahaya dalam kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang Selasa, suspek dikatakan dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.
Perselisihan berlanjutan sehingga suspek datang ke hospital dan dalam keadaan marah telah memukul isterinya di pekarangan hospital berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham ahli keluarga.
Topic Berkaitan
#PDRM
#polis
#reman
#Senjata Berbahaya
#YouTuber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan