Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Suasana berbeza sambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai - PM

Suasana berbeza sambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai - PM
Muhyiddin berharap medan penyatuan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di negara ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, dua perayaan penting di Sabah dan Sarawak pada Sabtu dan Isnin ini dilihat masih boleh diraikan dalam suasana meriah biarpun tanpa sambutan seperti kebiasaannya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tetap akan menjadi medan penyatuan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di negara ini.
"Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini tentunya disambut dalam suasana berbeza kerana kita masih berjuang menentang penularan pandemik COVID-19.

"Namun, saya harap situasi itu tidak menghalang kita daripada berhubung sesama ahli keluarga dan sahabat handai untuk menyatakan kegembiraan menyambut perayaan ini," kata beliau menerusi satu entri di Facebook.
Beliau juga menyambut baik acara sambutan Pesta Kaamatan yang akan berlangsung dalam talian.

"Ini amat dialu-alukan supaya tradisi kesyukuran tetap dapat diteruskan dalam 'norma baharu' masyarakat Malaysia.

"Semoga perayaan ini terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan  memperkukuhkan perpaduan sesama kita," ujar beliau.


Tag: Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, Hari Gawai, Pesta Kaamatan, Sabah, Sarawak, perpaduan, perayaan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.