awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia miliki asas kukuh, berdaya saing sebagai hab MRO perkapalan utama ASEAN - MITI
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 48 orang
Indonesia perketat saringan kesihatan di pintu masuk susulan risiko virus Nipah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi RON95 mungkin diperluas, tapi kereta mewah jangan haraplah! - Guan Eng

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
03/11/2018
07:14 MYT
Subsidi RON95 mungkin diperluas, tapi kereta mewah jangan haraplah! - Guan Eng
GUAN ENG: Ingin saya tegaskan di sini, yang ada kereta mewah itu jangan haraplah. -Gambar fail
Kerajaan sedang mengkaji mekanisme yang berkesan dalam melaksanakan skim subsidi minyak secara bersasar yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat, ujar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Jelasnya, ia termasuk sama ada untuk memperluaskan pelaksanaannya bukan hanya kepada kumpulan B40.
“(Mekanisme) kita sedang bincang. Sekarang hanyalah kepada golongan B40. Jadi kita perlu kaji bagaimana kita mahu perluaskannya supaya tidak hanya terhad kepada B40,” katanya dalam satu sidang media di bangunan parlimen di sini hari ini.
Namun begitu, tegas beliau, pemilik kenderaan mewah akan dipastikan tidak mendapat keistimewaan berkenaan.
"Ingin saya tegaskan di sini, yang ada kereta mewah itu jangan haraplah."
Kerajaan, menurutnya, memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan mekanisme berkenaan.
“Mekanisme kita akan jelaskan kerana ia bukan dilaksanakan sekarang, bulan Mac ini iaitu suku kedua tahun depan,” katanya lagi.
Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada Jumaat berkata empat juta pemilik kereta atau 2.6 juta pemilik motosikal akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim subsidi minyak secara bersasar yang bakal diperkenalkan kerajaan.
Beliau berkata subsidi berkenaan akan diberikan kepada pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah dan motosikal 125cc ke bawah.
Pelaksanaan subsidi itu membabitkan peruntukan sebanyak RM2 bilion.
Topic Berkaitan
#125cc
#1500cc
#Bajet 2019
#Belanjawan 2019
#golongan B40
#kesejahteraan rakyat
#Lim Guan Eng
#minyak
#RON95
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan