Seorang pencuri bernasib malang selepas bukan sahaja dibelasah, malah dibakar hidup-hidup sehingga melecur oleh sekumpulan lelaki yang menangkapnya.
Dalam kejadian di Kampung Rampayan Jati, Kota Kinabalu, jam 1 pagi Jumaat, pencuri berkenaan yang berusia 21 tahun, mengalami kecederaan apabila melecur 35 peratus di bahagian anggota badan.
Terdahulu, dia bersama seorang lagi rakan sejenayahnya dikatakan sedang mencuri wayar tembaga di dalam motor mesin basuh terpakai di belakang sebuah gerai berhampiran kampung tersebut.
Dia kemudiannya berjaya ditahan manakala rakannya sempat melarikan diri dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sekumpulan lelaki kemudiannya datang lalu bertindak membelasah pencuri tersebut kerana enggan memberitahu identiti rakan sejenayahnya kepada mereka.
"Sekumpulan lima lelaki yang menangkapnya lalu bertindak menyimbah petrol lalu mengacahnya dengan menyalakan pemetik api.
"Namun, tidak semena-mena percikan api pemetik api itu kemudiannya menyambar badannya dan semua lelaki yang terlibat itu membantu memadamkan kebakaran berkenaan.
"Mereka juga memberikan rawatan kepada mangsa dan menghantarnya ke rumah," katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.
Jelas beliau, abang mangsa yang melihat keadaaan adiknya melecur itu telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
"Bertindak atas laporan yang diterima, polis berjaya menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes ini.
"Siasatan masih dilakukan secara menyeluruh dan baki individu yang terlibat masih giat dikesan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mendatangkan cedera parah.
Ruzaini Zulkepli
Fri Feb 28 2020
Keadaan lelaki yang melecur akibat disambar api semasa ditangkap oleh sekumpulan lelaki. - Astro AWANI
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persahabatan antarabangsa: Indonesia dibelasah Libya
Persiapan Indonesia menjelang saingan Piala Asia bulan ini kelihatan menerima tamparan apabila skuad Garuda itu dibelasah 0-4 oleh Libya.
Pelajar dipukul beramai-ramai, dibaling meja di sebuah sekolah di Langkawi
Seorang pelajar lelaki tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi hari ini, mendakwa dipukul oleh beberapa pelajar lain.
Sudah teruk dibelasah... pencuri melecur disambar api pula
Sekumpulan lima lelaki yang menangkap mangsa lalu bertindak menyimbah petrol lalu mengacahnya dengan menyalakan pemetik api.
Ahli politik pembangkang Uganda berdepan pertuduhan derhaka dibenar ikat jamin
Kyagulanyi, yang hanya menduduki kerusi parlimen tahun lepas, didakwa tidak mampu berdiri selepas dibelasah ketika dalam tahanan.
Lelaki patah tulang rusuk dibelasah kerana petai
Seorang lelaki patah tulang rusuk akibat dibelasah selepas disyaki mencuri petai di kebun milik salah seorang penduduk di Kampung Bukit Terap, Batu Rakit, Kuala Nerus, petang semalam.
Suami isteri dibelasah, dipaksa minum air kencing
Gara-gara berkahwin tanpa restu keluarga, sepasang suami isteri dari Alirajpur, Madhya Pradesh di India, dibelasah dan dipaksa minum air kencing.
Murid Tahun Satu mati dibelasah murid Tahun Enam di Kapit
Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 petang tadi di Hospital Sibu, setelah parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan.
Polis buru lima lagi suspek bantu siasatan kematian suspek cabul
Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes kematian seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas.
Remaja lelaki yatim piatu maut dibelasah
Kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati majikannya yang mendakwa mangsa mencuri sesuatu di tempat kerja.