awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhakam mahu definisi rogol dalam perkahwinan diperjelas

Bernama
Bernama
25/11/2015
12:56 MYT
Suhakam mahu definisi rogol dalam perkahwinan diperjelas
Perlakuan rogol dalam perkahwinan juga sama jijik dengan rogol oleh orang yang tidak dikenali. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan meminda pengecualian rogol dalam perkahwinan daripada definisi rogol yang terkandung dalam Kanun Keseksaan.
"Ini bagi mencerminkan realiti penderaan seksual yang dialami wanita, sama ada yang berkahwin atau belum berkahwin," kata Pemangku Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dalam kenyataan media sempena memperingati Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di sini, pada Rabu.
Beliau berkata rogol yang dilakukan oleh pasangan hidup, tidak kurang jijiknya daripada kes rogol yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali.
Menurutnya Suhakam membuat gesaan itu kerana ia selari dengan perisytiharan ASEAN mengenai Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita dan Penghapusan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak, yang mahukan negara-negara anggotanya mengambil langkah untuk menghapuskan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita selain memperbaiki perundangan sedia ada.
"Suhakam berpendapat walaupun banyak perkembangan dan inisiatif dalam menangani isu keganasan berasaskan gender, namun kes-kes keganasan terhadap wanita masih berlaku di Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#Kanun Keseksaan
#rogol
#Suhakam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan