awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ranking Zii Jia terus merudum
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor mahu MB baharu pentingkan Johor berbanding diri atau politik

Firdaus Azil
Firdaus Azil
14/04/2019
02:45 MYT
Sultan Johor mahu MB baharu pentingkan Johor berbanding diri atau politik
Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor di Balai Mengadap. - Foto Johor Royal Press Office
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar Menteri Besar Johor baharu Dr Sahruddin Jamal mengutamakan kepentingan negeri berbanding kepentingan diri atau politik, demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi Negeri Johor.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Johor, Tuanku menitahkan agar Dr Sahruddin, dapat memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan jujur, ikhlas dan amanah.
Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, 9.30 pagi tadi.
Dalam pada itu, Sultan Johor juga bertitah agar kerajaan negeri jangan membuang masa dengan banyak bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah, menabur fitnah dan mereka-reka cerita hanya untuk menarik perhatian atau mengelirukan rakyat.
“Sebaliknya, tumpukanlah perhatian untuk membantu kehidupan rakyat yang susah dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
“Sesungguhnya Kerajaan Johor telah lama wujud dan mempunyai adat dan cara pemerintahan yang tersendiri. Tidak perlu ada pihak luar yang sibuk melompat-lompat tidak tentu arah bercerita tentang siapa yang berkuasa dan bagaimana untuk mentadbir Negeri Johor,” titah Tuanku lagi.
Sultan Johor bertitah, kedaulatan Negeri Johor, kesucian agama Islam dan keistimewaan orang Melayu hendaklah sentiasa dipelihara daripada diganggu-gugat oleh pihak luar yang berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia.
Topic Berkaitan
#Dr Sahruddin Jamal
#Istana Bukit Serene
#Menteri Besar
#Negeri Johor
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan