Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar perkenan menamakan spesies semut Echinopla baharu yang ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.
Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata spesies baharu daripada jenis kumpulan Echinopla itu dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis, Mei tahun lepas.
"Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi.
"Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
BACA: Spesies kumbang baharu ditemui di Sabah, dinamakan sempena Leonardo DiCaprio
Menurutnya, bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu, Canselor UTHM iaitu Sultan Ibrahim telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan.
"Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini," katanya.
Maryati berkata nama spesies baharu itu akan terus kekal dan hanya akan hilang sekiranya mengalami kepupusan dan jelasnya sebelum ini terdapat penamaan spesies berkaitan dengan keluarga diraja iaitu Rafflesia Tengku-Adlinii yang pernah ditemui di Sabah.
Sehingga kini terdapat 16,000 spesies semut yang telah dinamakan secara saintifik dan terdapat lebih kurang 33 spesies dalam kumpulan jenis Echinopla yang terdapat di Australia, Filipina, Papua New Guinea, Indonesia, India dan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 20 2018
Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor. - Bernama
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Sultan Johor perkenan nama spesies semut baharu 'Echinopla Tunku-Abduljalilii'
Spesies baharu itu dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis.