Sultan Johor zahir tahniah atas pemasyhuran Sultan Pahang

Sultan Johor zahir tahniah atas pemasyhuran Sultan Pahang
Sultan Ibrahim (kanan) zahir ucapan tahniah atas pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, menzahirkan ucapan tahniah atas pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang.

Baginda bertitah demikian menerusi satu entri di Facebook rasminya.
"Merafak ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah atas pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Pahang," tulisnya pada kaspyen.

 

Pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang keenam akan dilangsungkan di Balai Rong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada jam 11 pagi, 15 Januari 2019 (Selasa).

Pengisytiharan itu dibuat oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam sidang media khas di Istana Abu Bakar pada Sabtu.

Tag: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah, Sultan Pahang, Sultan Johor, Facebook, Pahang, Johor


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.