awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
Lihat pangkat yang terlibat, indikasi isu besar di MINDEF - Azam Baki
Ant sokong piawaian dagangan AI Google, beri petunjuk integrasi TNG eWallet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Kelantan diisytihar Yang Di-Pertuan Agong ke-15 hari ini

Bernama
Bernama
12/12/2016
10:23 MYT
Sultan Kelantan diisytihar Yang Di-Pertuan Agong ke-15 hari ini
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang akan berlangsung di Istana Negara hari ini. - fotoBERNAMA
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang akan berlangsung di Istana Negara hari ini.
Upacara sambutan di ibu negara dijadual bermula dengan istiadat keberangkatan tiba Sultan Muhammad V, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 pagi.
Keberangkatan tiba Sultan Kelantan, 47, itu akan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas sambutan serta isteri Datin Seri Raya Erom.
Menurut buku atur cara istiadat, rombongan diraja kemudiannya akan berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan yang akan dihadiri semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri serta jemaah menteri.
Turut melafaz sumpah memegang jawatan hari ini ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 (Khas) pada Oktober lepas, dan akan menduduki takhta bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.
Upacara sambutan dan pengisytiharan Seri Paduka Baginda akan disiarkan secara langsung melalui saluran TV1, Radio dan Televisyen Malaysia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agong
#Sultan Kelantan
#titah
#YDP agong baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan