awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki lepas, bebas tuduhan edar 96kg dadah
'Biarkan mahkamah tentukan permohonan Petronas' - Abang Johari
AirAsia X dinamakan semula sebagai AirAsia pada 19 Januari - Tony Fernandes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Kelantan sokong pelaksanaan hudud di Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
16/03/2015
09:52 MYT
Sultan Kelantan sokong pelaksanaan hudud di Kelantan
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah semasa merasmikan Majlis Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-13 di Kota Bharu, hari ini.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Perkara tersebut dinyatakan baginda ketika bertitah dalam ucapan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Kelantan ke-13.
"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.
"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-Allah," titah baginda.
Kerajaan negeri Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan DUN, Rabu ini.
Persidangan DUN Kelantan bermula hari ini hingga Khamis selepas ditangguhkan pada 29 Disember tahun lepas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini.
Kemelut di antara PAS dan DAP berlaku setelah Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta parti itu mempertimbangkan semula pindaan itu.
Topic Berkaitan
#DAP
#hudud
#Pakatan Rakyat
#PAS
#Sultan Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan