Tutup

Sultan Muhammad V tumbang 3 lembu korban di Kelantan

Sultan Muhammad V tumbang 3 lembu korban di Kelantan
Sultan Muhammad V berkenan menyembelih lembu seberat 500kg dalam program Korban Perdana Kelantan. -Astro AWANI/Vivi Sumanti
KOTA BHARU: Lembu seberat lebih 500 kilogram antara tiga ekor lembu yang disembelih oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam program Qurban Jamaie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan MAIK, di sini, hari ini.

Lembu kedua seberat lebih 400kg yang disembelih baginda juga menarik perhatian rakyat Kelantan yang hadir menyaksikan majlis tersebut.

Majlis Qurban yang diadakan setiap tahun ini turut disaksikan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.

Sementara itu, Timbalan Yang DiPertua Maik,  Dr Nik Azlan Abdul Hadi memaklumkan sejumlah 62 ekor lembu korban disediakan pada program kali ini.
"Daging korban ini akan diagihkan kepada 1500 hingga 2000 orang fakir miskin, asnaf yang dipilih," katanya kepads pemberita di majlis yang diadakan di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, hari ini.