Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yakin kerajaan Kelantan mampu mengharungi cabaran ketidaktentuan ekonomi global menerusi perancangan yang teliti dan mampan terutama dalam mengukuhkan sumber kewangan negeri dan menyuburkan ekonomi rakyat.
Baginda bertitah inisiatif yang berterusan dalam menarik pelaburan luar adalah amat penting bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat, selain penganjuran misi pelaburan dan perdagangan dari semasa ke semasa untuk membuka ruang pelaburan yang lebih besar.
"Pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dengan unjuran sekitar 3.4 peratus pada tahun ini memberi kesan ketara kepada kebanyakan ekonomi negara di dunia termasuklah negara kita Malaysia, ditambah pula dengan perkembangan semasa politik di Amerika Syarikat yang menyebabkan peningkatan mendadak nilai matawang dolar Amerika Syarikat.
"Justeru itu, beta menyeru agar semua pihak yang terlibat dapat mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu," titah baginda.
Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Penganugerahan Gelaran Kebesaran, Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat, Surat Kepujian dan Pelantikan Jaksa Pendamai sempena hari keputeraan ke-47 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.
Seramai 608 penerima menerima anugerah tersebut daripada Sultan Muhammad V dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengetuai senarai penerima.
Sementara itu, baginda bertitah kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan terutama dalam pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) mesti dikekalkan demi kepentingan pembangunan negeri ini.
"Beta amat sukacita apabila dua cadangan projek keutamaan Kelantan iaitu Jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai dan jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok akan dilaksanakan segera pada 2017 hasil inisiatif yang diambil oleh Program Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
"Harapan beta dengan terlaksananya kedua-dua projek ini akan membawa limpahan ekonomi kepada rakyat beta terutamanya yang tinggal bersempadan dengan Thailand," titah baginda.
Sultan Muhammad V turut melahirkan rasa sukacita apabila penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air dimuktamadkan September lepas dan berharap agar pembangunan infrastruktur bekalan air yang lebih mampan dan holistik dapat dilaksanakan bagi memenuhi permintaan dan jaminan bekalan air bersih terawat yang mencukupi kepada penduduk Kelantan.
Baginda juga menasihatkan rakyat di negeri ini agar sentiasa berwaspada dan bersiap sedia dengan mengambil langkah yang perlu bagi menghadapi musim tengkujuh demi kebajikan dan keselamatan penduduk yang terlibat.
Baginda turut berharap agar Kelantan terus ditadbir dan dibangunkan secara seimbang dan makmur selari dengan kemajuan zaman tanpa mengenepikan agama dan sosio ekonomi rakyat sepeninggalannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2016
Sultan Muhammad V menyeru agar semua pihak yang terlibat dapat mengambil langkah yang sewajarnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Ekonomi APEC dianggarkan berkembang sebanyak 3.5 peratus bagi 2023
Perbelanjaan pengguna merupakan pemacu utama di sebalik pertumbuhan lebih tinggi pada 2023.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka melonjak pada 2024 - RAM Ratings
RAM Rating percaya terdapat peningkatan ke atas bagi ekonomi pada 2024, walaupun prestasi suku keempat 2023 meningkat pada 3.0 peratus.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu keresahan akibat pemecahan ekonomi global
Mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
Ekonomi global tunjuk momentum positif - IMF
IMF menaikkan unjuran pertumbuhan global kepada 3.1 peratus pada 2024, 0.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran pada Oktober 2023.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan rendah turun kepada 4.7280/7335 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7160/7210 pada Jumaat.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6400/6440 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6405/6445 pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit, kehendak risiko semakin baik
Kehendak risiko yang semakin baik mendorong Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini.
Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.6640/6690 berbanding dolar AS daripada 4.6635/6705 pada Jumaat lepas.
MIFF 2023 dijangka jana jualan RM4.88 bilion - Fadillah
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2023 dijangka menjana jualan mencecah sehingga RM4.88 bilion semasa berlangsungnya pameran itu selama empat hari bermula Rabu.
Kerajaan tumpu pada disiplin fiskal untuk Belanjawan 2023 yang disemak semula
Belanjawan 2023 dijangka kekal condong ke arah pengembangan selepas menyaksikan ekonomi global memasuki tempoh yang agak lembap.