Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini meminta para pemimpin mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu dan menjadi teladan kepada rakyat.
"Baginda turut menyeru agar mereka yang berada di peringkat kepimpinan mempamerkan sebaik contoh teladan kepada rakyat jelata dengan mematuhi sepenuhnya PKP," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Perak, Kol (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan.
Abdul Rahim berkata Sultan Nazrin turut bertitah supaya rakyat bersedia berkorban untuk satu tempoh yang diperlukan demi kesejahteraan jangka panjang dalam menghadapi pandemik COVID-19.
"Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim peka dan memahami kesusahan serta kerumitan yang dihadapi rakyat ketika mematuhi arahan PKP, terutama bagi yang bekerja atau berniaga secara harian yang putus mata pencarian dan pendapatan disebabkan perintah tersebut," kata Abd Rahim.
Abd Rahim berkata bersempena Ramadan ini, Sultan Nazrin turut menasihati umat Islam agar memahami, menghargai dan membantu segala usaha serta penat lelah petugas barisan hadapan yang meletakkan diri dalam bahaya untuk menangani penularan serta merawat pesakit COVID-19.
"Baginda amat memahami ikatan dan sentimen umat Islam semasa Ramadan, jika menurut tradisi melakukan pelbagai aktiviti ibadah secara beramai-ramai bertujuan mengimarahkan masjid dan surau," katanya.
Abd Rahim berkata Sultan Nazrin bertitah agar umat Islam kekal menjalankan pelbagai ibadah pada bulan Ramadan dengan melakukannya bersama keluarga di rumah masing-masing.
Beliau berkata Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut menzahirkan rasa dukacita kerana majlis berbuka puasa untuk meraikan rakyat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang menjadi kelaziman setiap kali Ramadan tidak diadakan tahun ini sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19.
Pada masa sama, katanya Sultan Nazrin, Raja Muda Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah pada tahun ini juga tidak berangkat untuk berbuka puasa serta bersolat di masjid-masjid di seluruh daerah sepanjang Ramadan.
Menurut Abd Rahim, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam dan turut mengajak rakyat berdoa semoga keadaan kembali pulih seawal mungkin bagi membolehkan kehidupan berjalan seperti biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 23 2020
Sultan Nazrin bertitah agar umat Islam kekal menjalankan pelbagai ibadah pada bulan Ramadan dengan melakukannya bersama keluarga di rumah masing-masing. - Gambar fail
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tradisi berbuka puasa ala era 70-an gamit nostalgia makan setalam
Kira-kira 80 penduduk bekerjasama memasak juadah tradisional dan kuih-muih yang disediakan sejak awal pagi.
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
Sultan Selangor, Anwar berbuka puasa bersama rakyat
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Beli air keladi ‘percuma’ bangkai cicak
Dia terkejut apabila mendapati haiwan spesies reptilia itu berada dalam plastik minuman berkenaan yang pada awalnya disangkakan cincau.
Cipta kelainan berbuka puasa di sawah padi
Penanam padi di Hulu Besut mencipta kelainan dengan menjadikan kawasan sawah padi sebagai lokasi untuk majlis berbuka puasa sambil menikmati keindahan pemandangan tanaman padi pada waktu senja.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Santai berbuka puasa tepi Sungai Pahang
Lokasi berkenaan yang berhampiran Bazar Ramadan Lurah Semantan memberikan kemudahan untuk pengunjung mendapatkan menu kegemaran.
Program iftar tarik 300 peserta bukan Muslim
Berada lebih setahun di Malaysia mengajar Olivia lebih mendalam mengenai masyarakat pelbagai kaum dan perbezaan budaya.
Berbuka puasa atas bot nikmati keindahan Drawbridge
Berbuka puasa di atas bot sambil menikmati pemandangan berhampiran Jambatan Angkat (Drawbridge) menjadi tarikan baharu kepada orang ramai apabila mengunjungi Terengganu ketika bulan Ramadan.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Bandar Universiti
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Bandar Universiti di sini, yang juga dikenali sebagai Masjid Hijau.