awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin titah bubar pun perlu ada istiadat, sama seperti tubuhkan kerajaan - Annuar Zaini

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/04/2018
10:57 MYT
Sultan Nazrin titah bubar pun perlu ada istiadat, sama seperti tubuhkan kerajaan - Annuar Zaini
"Sultan bertanyakan, kenapa apabila pembubaran, tiada istiadat pemakluman kepada rakyat sedangkan apabila tubuh kerajaan negeri telah diadakan istiadat serta pemakluman kepada seluruh rakyat." - Datuk Seri Annuar Zaini. Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan supaya satu Istiadat Menzahirkan Pengumuman Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13 dilakukan pada Isnin.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin mahukan istiadat tersebut diadakan untuk pemberitahuan kepada seluruh rakyat Perak sama seperti sewaktu tubuh kerajaan negeri.
"Sultan bertanyakan, kenapa apabila kerajaan negeri dibubarkan, tiada istiadat diadakan untuk pemakluman kepada rakyat sedangkan apabila tubuh kerajaan negeri telah diadakan istiadat serta pemakluman kepada seluruh rakyat.
"Istiadat seperti ini bukan pertama kali dilaksanakan. Jadi ini adalah titah perkenan Sultan Nazrin," ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Sultan Nazrin berkenana berangkat ke Majlis Menzahirkan Pengumuman Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pukul 10 pagi pada Isnin.
Sebelum itu media difahamkan, Sultan Nazrin telah berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di Istana Changkat, di sini pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada sebarang sidang media diadakan selepas perjumpaan tertutup itu.
Perak merupakan antara negeri yang masih belum mengumumkan pembubaran DUN.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Annuar Zaini
#Dewan Negara
#Kuala Kangsar
#Menteri Besar
#pembubaran DUN Perak
#Sultan Nazrin Shah
#Sultan Perak
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan