awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang sah YDP Agong baharu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
24/01/2019
07:21 MYT
Sultan Pahang sah YDP Agong baharu
Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in, telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16.
Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.
Terdahulu, Raja-Raja Melayu telah mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pagi ini, bagi membincang dan memperkenankan pengganti kepada Sultan Muhammad V, yang meletakkan jawatan sebagai YDP Agong pada 6 Januari lepas.
"Saya memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja dalam Mesyuaratnya ke 251 (Khas), bersetuju mengisytiharkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in, Sultan Pahang Darul Makmur, telah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, selama tempoh lima tahun, mulai 31 Januari 2019.
"Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisyhtiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan, telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun, mulai 31 Januari 2019," katanya dalam kenyataan itu.
Syed Danial berkata, menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, keputusan Majlis Raja-Raja telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen, dan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#Malaysia
#Sultan Abdullah
#Sultan Pahang
#Yang di-Pertuan Agong
#ydp agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan