awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor gantung darjah kebesaran Najib, Rosmah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/05/2019
07:27 MYT
Sultan Selangor gantung darjah kebesaran Najib, Rosmah
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menggantung sementara Darjah Kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menggantung sementara Darjah Kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, penggantungan tersebut berkuat kuasa 6 Mei lalu memandangkan kedua-dua individu berkenaan ketika ini sedang menghadapi beberapa pertuduhan melibatkan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran yang dikurniakan DYMM Sultan Selangor ini akan disemak semula selepas kes dimuktamadkan di mahkamah.
“Penggantungan ini selaras dengan kuasa Baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di negeri Selangor,” kata Mohd Amin lagi.
Menurut kenyataan itu, Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada 2004, dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ pada 1992.
Rosmah pula dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) membawa gelaran Datin Paduka Seri pada tahun 2005.
Topic Berkaitan
#Amanah
#kerajaan
#mahkamah
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Rasuah
#Rosmah Mansor
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan