awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat palsu Kabinet baharu usaha lagakan pemimpin UMNO - Razali

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2016
12:10 MYT
Surat palsu Kabinet baharu usaha lagakan pemimpin UMNO - Razali
RAZALI: Saya nafi terbabit dalam senarai palsu cadangan Kabinet baharu yang viral di aplikasi WhatsApp. - Gambar fail
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menafikan dirinya terbabit dalam senarai palsu cadangan Kabinet baharu yang viral di aplikasi WhatsApp.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, surat berkenaan bukan sahaja palsu malah format penulisan juga secara jelas tidak betul.
"Tindakan membuat surat palsu itu hanya boleh menimbulkan rasa marah terutama kepada sesiapa yang tidak tersenarai. Saya rasa itu semua perkara yang tidak menguntungkan.
"Siapa pun yang buat saya tidak rasa perkara itu boleh membawa kita ke mana-mana selain kalau ada nama di dalam itu dia mungkin rasa seronok, kalau tiada, dia rasa marah, akhirnya apa kita dapat? Hentikanlah perkara tidak berfaedah ini," katanya selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) ke-14, di Seri Negeri.
Jelas Razali, beliau tidak menolak pihak tidak bertanggungjawab sengaja ingin menimbulkan huru-hara dalam senarai Kabinet dan mahu ia dihentikan sebelum tindakan lebih tegas diambil.
Topic Berkaitan
#KAYM
#Razali Ibrahim
#UMNO
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan