Seorang suri rumah maut selepas motorsikal yang ditunggangnya merempuh seekor kerbau pada awal pagi Sabtu.

Nahas berlaku di kilometer 7 Jalan Kuala Ping-Teris, Hulu Terengganu pada kira-kira jam 1.20 pagi.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa Rofaidah Muda, 52 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketika kejadian mangsa yang menunggang motorsikal jenis Demak Evo ZR dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Kampung Nibong.

Sejurus tiba di lokasi kejadian mangsa cuba memberhentikan motosikalnya namun terlanggar seekor kerbau.

Ekoran itu, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.