awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek baling bom molotov di surau Damansara Damai direman

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2017
08:04 MYT
Suspek baling bom molotov di surau Damansara Damai direman
kedua-dua suspek itu ditangkap oleh polis pada jam 3 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Dua lelaki yang dipercayai membaling bom petrol atau ‘molotov cocktail’ ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya, Ahad lalu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya tengah hari tadi.
Terdahulu kedua-dua suspek itu ditangkap oleh polis pada jam 3 pagi tadi.
Suspek direman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian 6.50 pagi Ahad lepas, jemaah Surau Al-Huda gempar apabila pintu masuk surau berkenaan terbakar dipercayai akibat dilontar bom petrol.
Ketika itu, terdapat 20 jemaah baru selesai menunaikan solat subuh, sebelum menyedari pintu masuk surau itu dijilat api.
Ahli jawatankuasa surau berkata, kejadian disedari seorang jemaah yang ingin pulang ke rumah selepas selesai bersolat.
Saksi itu kemudian memanggil jemaah lain sebelum memadamkan kebakaran.
Bom petrol yang dibaling bagaimanpun tidak meletup.
Topic Berkaitan
#API
#bom
#kebakaran
#mahkamah
#Petaling Jaya
#petrol
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan