Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun hari ini direman empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan pekerjaan yang melibatkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja.

Majistret Dora Undau membenarkan permohonan reman tersebut setelah suspek, yang bertugas di sebuah pusat boling di sini ditahan pada jam 3 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Abdullah, suspek ditahan bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada Sabtu.

Hasil temu bual itu, Mustafa mendedahkan suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penipuan berkenaan.

Setakat ini, seramai 23 orang telah membuat laporan polis berkenaan kes tersebut.

BACA: 47 warga Malaysia di penjara Kemboja dibebaskan

BACA: Tahanan Kemboja 'dipenjara' dalam banglo sebelum diberkas

BACA: 47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja


Suspek akan direman bermula 24 hingga 28 Februari bagi membantu siasatan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.