awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek Salafi Jihadi meninggal dunia terlibat kemalangan di Bukit Beruntung

Bernama
Bernama
15/10/2018
23:32 MYT
Suspek Salafi Jihadi meninggal dunia terlibat kemalangan di Bukit Beruntung
Pada 24 Sept lepas, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman mereka kerana disyaki terlibat dalam tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan persekutuan. - Gambar hiasan
Seorang lelaki warga Perancis yang disyaki terlibat fahaman Salafi Jihadi di negara ini meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Km428.3 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran dengan Bukit Beruntung, Jumaat lepas.
Sumber yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata Mickael Alain Louvier meninggal dunia pada Ahad ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
"Louvier meninggal dunia (selepas mengalami kecederaan parah) apabila van yang dinaiki bersama anggota polis dari Perlis ke Kuala Lumpur terbabas dipercayai akibat jalan licin.
"Mereka dibawa ke ibu negara bagi membolehkan polis mendapatkan maklumat lanjut berhubung kumpulan pengganas berkenaan," kata sumber berkenaan.
Suspek adalah antara lapan lelaki yang ditahan di beberapa negeri bulan lepas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas.
Pada 24 Sept lepas, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor, menahan mereka kerana disyaki terlibat dalam tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan persekutuan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kesemua suspek mempunyai hubungan dengan sebuah pusat pengajian Islam di Perlis sama ada sebagai pelajar, bekas pelajar atau bekas tenaga pengajar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Counter Terrorism
#Islam
#kemalangan
#meninggal dunia
#Mickael Alain Louvier
#Mohamad Fuzi Harun
#pengganas
#Perlis
#polis
#pusat pengajian
#Salafi Jihadi
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan