Pasukan pencari dan penyelamat (SAR) berjaya menemukan kenderaan SUV Mazda CX-5 yang terhumban dalam laut sekitar jam 4 petang Isnin.

Kereta itu dijumpai pada tiang 34 Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid yang mengesahkan penemuan itu berkata kenderaan itu dijumpai pada kedalaman 15 meter.

Ketika ini, pasukan penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menaikkan kenderaan tersebut.