awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Switzerland buka kertas siasatan berhubung 1MDB

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2015
03:44 MYT
Switzerland buka kertas siasatan berhubung 1MDB
Siasatan dibuka ke atas dua entiti milik 1MDB termasuk seorang individu tidak dikenali.
Pejabat Peguam Negara Switzerland membuka kertas siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang jurucakap pada Jumaat.
Menurut laporan Reuters, jurucakap badan itu memaklumkan bahawa siasatan dibuka ke atas dua entiti milik 1MDB termasuk seorang individu tidak dikenali.
"Pejabat Peguam Negara (Switzerland) mengesahkan bahawa pada 14 Ogos 2015, ia telah membuka kertas siasatan jenayah terhadap dua entiti 1MDB termasuk seorang individu tidak dikenali," kata jurucakap tersebut.
Menurutnya, kes tersebut membabitkan "pegawai awam asing yang dipercayai melakukan rasuah, pengurusan kepentingan awam tidak jujur dan pengubahan wang haram".
Kata jurucakap itu lagi, prosedur itu merupakan susulan dua komunikasi daripada Pejabat Aduan Pengubahan Wang di Switzerland.
Berita tentang kes siasatan itu mula-mula dilaporkan akhbar tempatan Swiss, Le Temps.
Sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang kewangan Switzerland, FINMA pada Rabu lalu berkata, mereka sedang membuat semakan sekiranya ada bank negara itu yang menjalankan urusan perniagaan dengan 1MDB.
Topic Berkaitan
#1MDB
#entiti
#pejabat peguam switzerland
#siasatan
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan