Syarat pensijilan halal tidak akan dilonggarkan hanya untuk memudahkan usahawan kecil dan asnaf mendapat pensijilan itu, kerana ia bertujuan menjaga kualiti pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu.
Sehubungan itu, usahawan kecil dan asnaf disarankan supaya menaik taraf perniagaan dan produk masing-masing agar kualiti dan kebersihan produk menepati syarat pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata permintaan usahawan kecil kepada JAKIM untuk melonggarkan syarat pensijilan halal itu bukan perkara baru, tetapi pihaknya mahu menjaga integriti dan kredibiliti sedia ada.
"Peniaga-peniaga ini perlu tingkatkan perniagaan mereka. Kita fokus kepada peniaga mikro ini yang mana JAKIM berkerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk membantu mereka. Contohnya untuk mendapatkan dana dan bantu dalam aspek teknikal," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas sesi dialog Pemberdayaan Ekonomi Umat di Pusat Pameran Mines (MIECC) di sini.
Turut serta dalam forum itu ialah Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Halfest JAKIM 2019 Datuk Shukri Abdullah.
Sirajuddin berkata peniaga tempatan perlu menaik taraf tempat pembuatan produk masing-masing untuk mencapai tahap produk yang lebih komersial untuk dipasarkan.
Beliau berkata agensi pembimbing di bawah JAKIM seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi khidmat latihan dan nasihat kepada peniaga baharu dan sedia ada untuk mengembangkan perniagaan.
Sementara itu, Anwar ketika sesi dialog berkata konsep halal adalah universal iaitu penekanan dalam aspek bersih, bermutu dan produk yang dipasarkan adalah halal.
Dalam usaha membantu menaik taraf perniagaan kecil dan sederhana, beliau mencadangkan kerajaan menggunakan khidmat perniagaan mereka dalam projek seperti Program Sarapan Percuma (PSP) oleh Kementerian Pendidikan.
"Saya mencadangkan syarikat besar yang mendapat tender projek seperti PSP, syarikat itu mencari peniaga kecil dari daerah-daerah terlibat untuk menyediakan makanan halal, bersih dan berkualiti kepada pelajar. Secara tidak langsung, ia dapat membantu mengangkat taraf peniaga kecil dan sederhana lebih berdaya saing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019
Usahawan kecil dan asnaf disaran supaya menaik taraf perniagaan dan produk masing-masing agar kualiti dan kebersihan produk tepati syarat pensijilan halal. - Gambar fail
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.
MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.
The Raw. infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf
Dijayakan bersama Pertubuhan Kebajikan Richworks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis).
Agong kurnia sumbangan peribadi 25,000 kampit beras kepada asnaf
Berdasarkan hantaran melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar Kuala Lumpur.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Jangan tunggu saat akhir bayar zakat fitrah
Umat Islam diminta supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah bagi membolehkan agihan dibuat lebih cepat kepada asnaf yang layak.
Program Rahmah Ramadan MAIWP bantu asnaf buat persiapan raya
MAIWP memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
City U, LZS santuni 110 pelajar asnaf sempena Ramadan
City U dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni 110 orang pelajar-pelajar asnaf dalam dalam usaha berkongsi rezeki pada bulan Ramadan ini menerusi Majlis Iftar City U.
MAIWP terus laksana proses pemutihan pastikan bantuan diterima golongan layak
Terdapat individu yang sudah terkeluar daripada kategori asnaf, tetapi terus menerima bantuan zakat tanpa memaklumkan perkara berkenaan.
Masjid, surau laksana pelbagai inisiatif santuni asnaf
Pihak yang dilantik bagi menguruskan zakat bertanggungjawab menyampaikan pemberian bantuan kepada golongan yang layak.