awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Mohd Hasrin dilantik Wakil Tetap Malaysia ke PBB

Kenyataan Media
Kenyataan Media
28/03/2019
02:35 MYT
Syed Mohd Hasrin dilantik Wakil Tetap Malaysia ke PBB
Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin menerima Surat Pelantikan daripada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra, hari ini. - Gambar mw.kln.gov.my
Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia yang baharu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat (AS).
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan Syed Mohd Hasrin menerima Surat Pelantikan daripada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra, hari ini.
Sebelum ini, jawatan tersebut disandang oleh Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang kini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Luar.
"Syed Mohd Hasrin memulakan kerjaya beliau sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1994 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari University of Arizona, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pengurusan Awam dari National University of Singapore, Singapura.
"Sebelum dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke PBB, beliau pernah berkhidmat di Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia sepanjang kerjaya diplomatik beliau," kata kementerian tersebut menerusi kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, Syed Mohd Hasrin pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Asia Tenggara pada tahun 2014.
Jawatan terakhir beliau adalah selaku Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin
#Diplomatic
#Malaysia
#Menteri Luar
#PBB
#Saifuddin Abdullah
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan