awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq bidas tindakan sekutu Anwar, DAP desak Tun M tanpa henti

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2020
11:31 MYT
Syed Saddiq bidas tindakan sekutu Anwar, DAP desak Tun M tanpa henti
Tindakan sekutu Anwar Ibrahim dan DAP disifatkan Syed Saddiq sebagai tidak mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. - Gambar fail
Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan sejumlah penyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara berterusan mempersoalkan kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, tindakan yang dilakukan itu disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin.
Bahkan, kata Syed Saddiq, tindakan sedemikian juga boleh dianggap tidak mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.
"Tidak pernah sekali pun Tun mengingkari janjinya.
"Setiap kali ditanya berkenaan transisi, Tun sentiasa menjawab dengan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan kepada DS (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).
"Walaupun didesak kiri dan kanan oleh sekutu DS Anwar, Tun M masih tetap dengan pendirian ini. Beliau amat menghormati Konsensus PH," kata Ahli Parlimen Muar itu di Facebook peribadinya pada Selasa.
Dalam catatan itu, Syed Saddiq turut menyenaraikan nama-nama yang disifatkan sebagai dari kem Anwar dan DAP iaitu P Ramasamy, Johari Abdul, Ronnie Liu, Abdullah Sani, Akmal Nasir, Rafizi Ramli, Syukri Razab dan Syed Husin Syed Ali.
“
Get your house in-order!
”
- Syed Saddiq
"Sejak tahun lepas mereka mempersoalkan kedudukan YAB Tun M dan membelakangkan Konsensus PH.
"Tidak sampai 2-3 tahun Tun M memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, mereka sudah mendesak YAB Tun M meletakkan jawatan?' soal Syed Saddiq.
“Get your house in-order! (Selesaikan hal sendiri dahulu!)” kata Syed Saddiq lagi.
Pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dalam masa sama menggesa agar desakan supaya Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik dihentikan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Bersatu
#DAP
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Perdana Menteri
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan