awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq juga mahu Dr Zakir Naik diusir

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2019
09:41 MYT
Syed Saddiq juga mahu Dr Zakir Naik diusir
Syed Saddiq kurang senang dengan kenyataan kontroversi Dr Zakir Naik dan setuju kerajaan mengusir pendakwah itu diusir dari Malaysia. - Gambar fail
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu pendakwah Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia.
Menerusi kenyataan melalui aplikasi WhatsApp, Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu, beliau bersetuju dengan gesaan beberapa menteri Kabinet lain agar Dr Zakir Naik diusir.
"Ya. Serangan ke atas saudara Cina dan India merupakan serangan ke atas semua rakyat Malaysia," katanya yang turut berkongsi kemarahannya ke atas kenyataan yang dikeluarkan Dr Zakir Naik sebelum ini.
Jelasnya lagi, memanggil rakyat Malaysia sebagai 'tetamu' merupakan tindakan yang tidak masuk akal.
"Demi Tuhan, mereka tu rakyat Malaysia! Cukup cukuplah..." jelasnya lagi.
Sebelum itu, Syed Saddiq turut memuat naik entri menyelar pendakwah yang kini menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.
"Orang Cina Malaysia BUKAN TETAMU, tetapi warganegara Malaysia yang cintakan Negara bertuah ini.
"Kekuatan Malaysia adalah kesatuan rakyatnya. Cukuplah perlekehkan kesatuan & kesetiaan kita.
"Saya kenal ramai orang Cina & India yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kita," katanya lagi.
Orang Cina Malaysia BUKAN TETAMU, tetapi warganegara Malaysia yang cintakan Negara bertuah ini. Kekuatan Malaysia adalah kesatuan rakyatnya. Cukup lah perlekehkan kesatuan & kesetiaan kita. Saya kenal ramai orang cina & india yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kita https://t.co/RlGkMipSYD
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 14, 2019
Selain Syed Saddiq, nada yang sama turut diluahkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran yang menggesa kerajaan mengusir Dr Zakir Naik.
BACA: Gobind, Kula Segaran serah pada PM isu Zakir Naik
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#Syed Saddiq
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan