Syed Saddiq kongsi pengalaman 'mengekor' ke Hanoi

Syed Saddiq kongsi pengalaman 'mengekor' ke Hanoi
Syes Saddiq mendapati pengurusan sistem tiket di Vietnam boleh dicontohi Malaysia. - Instagram @syedsaddiq
MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi pengalaman ketika 'mengekor' pasukan Harimau Malaya ke Stadium My Dihn di Hanoi, Vietnam malam tadi (Sabtu).

Dalam perkongsian di Instagram, Syed Saddiq memuji sistem tiket yang diamalkan Vietnam dan mengakui Malaysia boleh banyak belajar dalam hal ini.




Kenyataan ini menyusul pendedahan Astro AWANI tentang kewujudan masalah dalam sistem tiket pada pusingan pertama perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari.



Laporan itu menyebut wujud ramai penonton di stadium yang menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai tempat duduk walaupun sudah memperoleh tiket.

Malah laporan itu turut menunjukkan wujud limpahan penonton, lebih banyak daripada jumlah tempat duduk yang disediakan.

Syed Saddiq kemudian menyatakan pihaknya akan memperkenalkan sistem tiket baharu bagi menjamin keselamatan penonton di stadium.

Syed Saddiq menyatakan pihaknya akan memperkenalkan sistem tiket baru.

Sementara itu, dalam muat naik terbaru di Instagram, Ahli Parlimen Muar itu juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Vietnam dan yakin Malaysia akan kembali lebih kuat!

Harimau Malaya gagal menyerlahkan ngauman sebenarnya apabila terpaksa akur dengan keunggulan Naga Emas yang gah sebagai Raja Asia Tenggara yang baharu.

Malaysia tewas 0-1 (agregat 2-3) kepada Vietnam dalam perhitungan terakhir yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu, sekali gus terlepas peluang untuk membawa pulang gelaran untuk seluruh penyokong negara.

Tag: Syed Saddiq, ekor, harimau malaya, Vietnam, Asia, AFF Suzuki Cup, webelangtogether


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.