awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq mahu ambil bekas banduan sebagai kakitangan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/10/2018
11:06 MYT
Syed Saddiq mahu ambil bekas banduan sebagai kakitangan
Syed Saddiq melancarkan Projek Reben Kuning di Penjara Sungai Buloh, hari ini. - Twitter @penjaramalaysia
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengumumkan hasratnya untuk membawa masuk tiga bekas banduan yang terdiri dalam kalangan belia, ke pejabat Menteri Belia dan Sukan dalam masa terdekat.
Ia merupakan satu inisiatif yang diharap dapat menggalakkan majikan dari semua sektor untuk memberi peluang kepada golongan bekas banduan.
"Kerajaan perlu walk the talk dan mulakannya. Kalau agensi kerajaan sendiri keberatan untuk melaksanakannya, bagaimana kita mahu harap agensi swasta melakukannya?
"Saya sendiri akan melatih dan memantau potensi yang ada pada mereka. Saya harap ini akan membuka mata majikan di luar sana untuk beri peluang kepada mereka," kata Syed Saddiq ketika ditemui dalam majlis pelancaran Projek Reben Kuning di Penjara Sungai Buloh, pada Jumaat.
Kata Syed Saddiq, stigma masyarakat terhadap banduan perlu dihentikan kerana mereka berhak diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan.
"Kebanyakan bekas banduan kembali ke dunia lama kerana pandangan negatif masyarakat yang enggan menerima mereka.
"Hakikatnya, mereka mempunyai potensi tersendiri dan wajar diberi peluang kembali ke landasan yang betul," tambahnya lagi.
Projek Reben Kuning merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Jabatan Penjara, Kementerian Dalam Negeri serta badan-badan bukan kerajaan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat seterusnya meningkatkan sistem sokongan terhadap bekas banduan.
KBS, kata Syed Saddiq, akan melihat peluang kerjasama dengan mana-mana organisasi dan komited dalam mencari mekanisme terbaik untuk membantu bekas banduan meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Topic Berkaitan
#banduan
#Belia
#KBS
#kerajaan
#majikan
#penjara
#Penjara Sungai Buloh
#swasta
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan