awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Meta gesa Australia kaji semula larangan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun
Erich von Daeniken, penulis teori ‘makhluk asing kuno’ meninggal dunia pada usia 90 tahun
Pelajar UPSI ditemukan lemas selepas cuba selamatkan rakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq protes tindakan penganjur tarik balik pingat emas Malaysia

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
09/12/2019
05:51 MYT
Syed Saddiq protes tindakan penganjur tarik balik pingat emas Malaysia
Syed Saddiq tegaskan, pihaknya tidak boleh bertolak ansur dan akan memprotes tindakan yang dibuat oleh penganjur. - Gambar Twitter @syedsaddiq
“Mereka dah beri, sekarang nak tarik balik?”
Itu reaksi segera Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman apabila kontinjen Malaysia kehilangan satu pingat emas yang dimenangi atlet gimrama negara Izzah Amzan dalam acara gimrama Sukan SEA di Filipina.
Beliau yang mengalungkan sendiri pingat emas tersebut kepada Izzah menyifatkan tindakan Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Filipina (PHISGOC) menarik balik pingat itu sebagai perkara yang tidak masuk akal.
Syed Saddiq menegaskan, pihaknya tidak boleh bertolak ansur dan akan memprotes tindakan yang dibuat oleh penganjur.
“I will not tolerate this, #TeamMAS telah protes dan tuntut keadilan,” tegasnya menerusi laman Twitter, pada Isnin.
BACA: Sukan SEA: Pesilat didakwa dikasari, Malaysia tidak boleh berdiam diri - Syed Saddiq
Terdahulu, Izzah diumum pemenang emas bersama rakan senegara, Koi Sie Yan selepas kedua-dua atlet berkenaan mengumpul mata sama dalam acara reben gimrama peringkat akhir di Stadium Memorial Rizal pada Sabtu.
Sebaliknya, Izzah sekadar diberikan perak berdasarkan kedudukan pingat terbaru disiarkan di laman web rasmi Sukan SEA 2019 Filipina.
Susulan itu, Ketua Kontinjen Negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak penganjur berhubung keputusan itu dalam mesyuarat ketua kontinjen pagi ini.
Topic Berkaitan
#Izzah Amzan
#protes
#Sukan SEA
#Sukan SEA Filipina
#Syed Saddiq
#tarik balik emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan