awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq pulangkan elaun, protes pekeliling JPA

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2019
05:20 MYT
Syed Saddiq pulangkan elaun, protes pekeliling JPA
Syed Saddiq membantah pemotongan elaun yang melibatkan lapan jenis elaun penjawat awam. - Gambar fail
Potong elaun menteri, bukan elaun penjawat awam!
Demikian tegas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Selasa.
Kenyataan yang dibuat menerusi Twitter itu susulan satu pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini.
"Potong elaun ahli politik dan menteri, bukan elaun kritikal bagi doktor, ahli farmasi, jururawat muda.
"Saya bantah pekeliling baru JPA yang melibatkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.
"Saya pendekkan cuti saya, pulangkan elaun percutian dan teruskan potongan gaji 10 peratus," katanya.
Potong allowances Ahli Politik & menteri, Bukan allowance kritikal bagi doktor, pharmacist, nurses muda. Saya bantah pekeliling baru JPA yang melibatkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan. Saya pendekkan cuti saya, pulangkan allowance percutian & teruskan potongan gaji 10% pic.twitter.com/XSwIyvFceK
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 24, 2019
Difahamkan, sebanyak lapan jenis elaun penjawat awam akan dihapuskan kerajaan berdasarkan pekeliling tersebut.
Antara elaun itu termasuk ialah bayaran insentif menaip jawi, elaun khas penolong pemungut hasil tanah, insentif profisiensi bahasa Inggeris, bayaran insentif angkat najis, elaun kritikal doktor.
Penamatan elaun itu dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 yang dikeluarkan pada 20 Disember 2019.
BACA: Pemansuhan BIPK hanya libatkan lantikan baharu tahun depan
Satu lagi elaun yang dimansuhkan, berkuatkuasa bagi lantikan baharu penjawat awam bermula 1 Januari 2020, adalah Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).
Elaun ini bermula pada 1992, diberi khusus untuk penjawat dalam bidang kritikal seperti bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan, undang-undang dan lain lain.
Topic Berkaitan
#elaun
#elaun menteri
#JPA
#kerajaan
#kritikal
#pekeliling
#penjawat awam
#perubatan
#politik
#potong elaun
#protes
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan