Tutup

Syed Saddiq stabil selepas jalani pembedahan apendisitis

Syed Saddiq stabil selepas jalani pembedahan apendisitis
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat menjalani pembedahan apendisitis pagi tadi dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Gambar Instagram SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat menjalani pembedahan apendisitis pagi tadi dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Alhamdulillah, pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil. Kami memohon agar beliau diberikan ruang untuk berehat dalam tempoh pemulihan ini dan tiada pelawat dibenarkan buat seketika waktu," menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kenyataan media itu bagaimanapun tidak mendedahkan waktu sebenar dan lokasi Syed Saddiq dimasukkan ke hospital. - BERNAMA



Tag: Syed Saddiq, pembedahan apendisitis, stabil



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.