Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa tiada semakan mahupun peluang seharusnya diberikan terhadap penyebaran ajaran Syiah di negara ini.
Menurutnya, fahaman kelompok itu jelas bertentangan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang menjadi asas masyarakat Islam di negara ini.
"Kita tidak perlu tunduk kepada sebarang desakan seperti menyuruh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membatalkan fatwa Syiah sebagai menyimpang daripada ajaran Islam.
"Ini adalah penegasan bahawa masyarakat Islam di negara ini kekal berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah serta mengamalkan Mazhab Syafie tanpa sebarang pertikaian atau penambahan yang mengarut," katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini hari ini.
Abdul Rahman dalam pada itu memaklumkan tiada kumpulan Syiah yang bergerak aktif di negeri Pahang dan laporan yang diterima hanya membabitkan amalan secara persendirian.
"Kita bertindak memberi nasihat agar individu terlibat tidak meneruskannya (ajaran Syiah) selain terus memantau rapi jika ada sebarang penyebaran ajaran itu di negeri ini.
"Mungkin ada yang kata Syiah masih Islam...memang ya mereka Islam dan kita tidak pernah melabelkan mereka kafir.
"Bagaimanapun, banyak hal dalam amalan agama telah mereka seleweng secara terang-terangan antaranya mereka mengkafirkan sahabat Rasulullah, menjamakkan solat menjadi tiga waktu sehari serta menghalalkan nikah mutaah," katanya.
Tegas beliau lagi, penyebaran atau usaha 'menghalalkan' Syiah oleh pihak bertanggungjawab hanya akan memecahbelahkan masyarakat Islam di negara ini malah menyumbang kepada keadaan huru-hara.
"Saya mahu menasihatkan orang Islam agar tidak sesekali terjebak apatah lagi menyebarkan ajarah Syiah yang telah kita ketahui terpesong dan membawa kepada kerosakan terhadap kesucian Islam," katanya.
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2 dan 3 Mei 1996, menetapkan umat Islam Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran ASWJ dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Bernama
Thu Nov 22 2018
Abdul Rahman menegaskan bahawa tiada semakan mahupun peluang seharusnya diberikan terhadap penyebaran ajaran Syiah di negara ini. -Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Ibadah korban tanda kesyukuran - Mufti Pahang
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, ibadah itu merupakan perkara yang amat dituntut atau digalak kepada umat Islam yang berkemampuan.
PKPB bukan bermakna Aidilfitri disambut dalam suasana suram, sedih
Aidilfitri diraikan sebagai tanda kemenangan dan kejayaan umat Islam selepas berjaya melaksanakan ibadah puasa wajib selama sebulan.
Zikir berdiri, goyang badan tidak bercanggah - Mufti Pahang
JAIP mendapati tidak ada asas untuk menuduh aktiviti beberapa jemaah lelaki dan wanita di sebuah kampung di Ulu Tembeling Jerantut itu sebagai sesat.
Syiah kekal fahaman menyeleweng - Mufti Pahang
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa tiada semakan mahupun peluang seharusnya diberikan terhadap ajaran syiah.
Campur tangan asing rosakkan perpaduan, keamanan negara - Mufti
Mereka senada berpendapat, campur tangan luar seperti tindakan sivil DoJ berkaitan 1MDB bukan sahaja merugikan negara malah langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya memusnahkan keharmonian.
Keluarkan fatwa tanpa ilmu adalah satu dosa - Mufti Pahang
Mana-mana pihak yang tidak tahu mengenai fatwa tetapi bertindak mengeluarkan sesuatu fatwa kepada orang ramai adalah melakukan satu dosa kerana berbuat demikian tanpa ilmu.
Polis sudah ambil kenyataan Mufti Pahang
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata keterangan Abdul Rahman diambil di pejabatnya di sini semalam.
Gelaran 'kafir harbi' keterlaluan - Ibrahim Ali
Walaupun banyak tindakan DAP tidak dipersetujui, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berpendapat istilah 'kafir harbi' tidak wajar digunakan.