Tutup

Tabah jaga isteri tersayang meskipun buta, uzur

Tabah jaga isteri tersayang meskipun buta, uzur
Jusoh Draman tabah menjaga isterinya, Aini Hassan, walaupun dirinya turut uzur. - Foto Sinar Harian
MACHANG: Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini, untuk menguruskan isterinya yang menghidap pelbagai penyakit termasuk asma kronik.

Jusoh Draman, 70, tabah menjaga isterinya Aini Hassan, 66, walaupun dirinya turut uzur.

Ruang tamu umpama wad bagi pasangan itu untuk memudahkan pergerakan termasuk ke hospital jika Aini diserang lelah.

Aini berkata, mereka berdua mempunyai masalah kesihatan dan suaminya menghidap penyakit darah tinggi selain pernah diserang strok.
Katanya, suaminya tidak nampak sejak tiga tahun lalu akibat penyakit tersebut dan mereka saling bergantung di antara satu sama lain walaupun ada seorang anak yang tinggal bersama.

Menurutnya, hospital menjadi rumah keduanya kerana sering diserang lelah sejak kebelakangan ini.
“Mak cik selalu ulang-alik ke hospital dan setiap kali ke sana kami perlu sediakan sekurang-kurangnya RM100 untuk kos pergi balik.

“Biasanya mak cik ditempatkan di hospital di Kota Bharu atau Kuala Krai. Mak cik bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 sebulan dan bantuan daripada anak-anak yang juga hidup susah,” katanya.

Warga emas itu ditemui ketika menerima kunjungan Rakan Cegah Jenayah Machang (RCJM) di rumahnya pada Sabtu.

RCJM turut menyerahkan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban pasangan suami isteri itu.

Bendahari RCJM, Abdul Rahim Mat berkata, seramai 25 penduduk memerlukan menerima sumbangan sekali gus mengeratkan hubungan RCJM dengan masyarakat.






Tag: cacat penglihatan, buta, warga emas, Kampung Wakaf Bata, Machang, Jusoh Draman, Aini Hassan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rakan Cegah Jenayah Machang, RCJM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.