Bantuan Tabung COVID-19 hanya diberikan kepada pihak yang betul-betul layak mengikut peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
NADMA dalam laman Facebook rasminya memaklumkan mereka yang layak adalah yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat COVID-19.
"Bantuan RM100 sehari itu bukan kepada mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dari 18 Mac hingga 14 April seperti yang diuar-uarkan beberapa laman web yang tidak bertanggungjawab," maklum kenyataan itu.
Justeru, mereka yang tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian; mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian dan hilang mata pencarian sejak kerajaan menguatkuasakan PKP, tidak layak memohon.
Menurut kenyataan itu lagi, bayaran bantuan juga akan diberikan sekali sahaja dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
"NADMA juga berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan," katanya.
Bagi permohonan bantuan khas itu, mereka boleh memohon dengan memuat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my.
Pemohon perlu menyertakan salinan borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 yang telah disahkan oleh KKM serta salinan borang pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan COVID-19.
"Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat COVID-19 mereka boleh menyertakan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital terbabit.
"Semua borang perlu hantar secara pos ke ibu pejabat NADMA di Putrajaya memandangkan proses verifikasi dokumen-dokumen perlu dilakukan dengan terperinci, .
Bayaran bantuan khas itu akan dibuat secara Pindahan Dana Elektronik (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Bantuan Tabung COVID-19 hanya diberikan kepada pesakit yang layak. Gambar hiasan/ AP Newsroom.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Tabung bantuan COVID-19 bukan untuk PKP - NADMA
Bantuan Tabung COVID-19 hanya diberikan kepada pihak yang betul-betul layak mengikut peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).