awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Haji jual saham, harta bernilai RM1.2 bilion - Fuziah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/10/2019
04:26 MYT
Tabung Haji jual saham, harta bernilai RM1.2 bilion - Fuziah
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menjual saham dan harta berjumlah RM1.2 bilion sehingga 30 Jun 2019.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata penjualan saham, instrumen kewangan dan hartanah itu telah menghasilkan keuntungan RM61 juta kepada TH.
Katanya, bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2019, TH telah berjaya memperoleh pendapatan berjumlah RM1.3 bilion.
“Pendapatan yang diperolehi dari RM1.32 bilion ini telah pun dilabur semula di dalam pelbagai instrumen Kewangan yang menjana pendapatan yang lebih teguh dan stabil, terutamanya di dalam saham-saham yang berpotensi di Bursa Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang meminta pihaknya menyatakan berapakah pendapatan TH sehingga Jun 2019 serta berapa nilai saham dan harta yang telah dijual pada tahun 2019 dan berapa anggaran keuntungan Tabung Haji sehingga Jun 2019.
Jelas Fuziah, sepanjang penggal pertama tahun ini, TH mencatat prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik, dipacu strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos yang berhemat.
Kedudukan ekonomi yang kukuh itu dijana terutamanya daripada pelaburan aset pendapatan tetap (RM663 juta), pelaburan hartanah (RM292 juta) dan instrumen pasaran wang Islam (RM199 juta).
“Keuntungan bersih juga telah meningkat kepada RM815 juta hasil langkah berterusan penjimatan kos pengurusan dan pentadbiran.
“Pada 30 Jun 2019, kedudukan kewangan TH kekal kukuh apabila jumlah aset telah melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM1.8 bilion, dengan jumlah aset RM74.0 bilion manakala jumlah liabiliti RM72.2 bilion berbanding, pada 31 Disember 2018, kedudukan nilai aset berbanding liabiliti hanyalah sebanyak RM1 bilion,” katanya.
Tambahnya, sepanjang tahun 2019, nilai ekuiti domestik TH telah meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion, pada penghujung 2018, kepada RM7.48 bilion, setakat 27 September 2019.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#Fuziah Salleh
#Hasan Arifin
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Tabung Haji
#TH
#Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan