Berita  |  Malaysia

Tabung Haji: Mufti Perlis desak mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah

Tabung Haji: Mufti Perlis desak mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah
Isu TH beli tanah 1MDB: Mufti Perlis desak mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah (Gambar:Fail)
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa supaya pihak yang terbabit dalam urusan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dibawa ke mahkamah pengadilan.

Dalam tulisan di laman Facebook peribadinya, Dr Mohd Asri berkata satu perbicaraan yang mengembalikan hak rakyat jelata hendaklah dilaksanakan.

Katanya, golongan agama tidak boleh mengambil sikap berdiam diri dalam hal ini kerana apa yang berlaku boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini.

"Di sinilah tanggungjawab amar makruf dan nahy munkar mesti ditunaikan.
"TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini," tulis beliau.

Dr Mohd Asri berharap semoga satu siasatan telus yang dapat membawa pihak yang mengkhianati amanah rakyat ke muka pengadilan.
fb mazaTulisan Dr Maza di laman Facebook peribadinya yang mendesak mereka yang terlibat dalam urusniaga pembelian tanah bernilai RM188.5 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh TH dibawa ke mahkamah pengadilan.
 
Sebelum ini, ketika awal isu pembelian tanah oleh TH dari 1MDB ini menjadi perhatian, Dr Mohd Asri menggesa pemimpin utama negara dapat memberi satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat dalam isu tersebut.

BACA: Isu tanah TRX: Beri jawapan untuk hilang kerisauan rakyat - Dr Maza

Semalam, pengerusi TH dalam sidang medianya menegaskan institusi tersebut telah memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.5 ekar (0.61 hektar) selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

BACA: TH putuskan jual tanah TRX - Pengerusi TH

VIDEO: 
Sidang media oleh Pengerusi Tabung Haji tentang pembelian tanah 1MDB

Ekoran pengumuman yang dibuat oleh Abdul Azeez itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan semalam mendakwa penjelasan yang dibuat oleh pengerusi TH itu hanya hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia.

BACA: Rakyat Malaysia kecewa dengan penjelasan Tabung Haji: Husam

DAP pula berpendapat penjelasan yang dibuat oleh TH semalam tidak memadamkan hakikat perjanjian itu dianggap langkah penyelamatan (bailout).

Manakala PAS pula mendesak supaya supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat isu pembelian tanah bernilai RM188.5 juta itu.

BACA: PAS desak tubuh suruhanjaya bebas siasat isu TH beli tanah di TRX