awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Haji nafi dakwaan Ringgit tidak diterima di Mekah dan Madinah

Bernama
Bernama
22/11/2016
04:57 MYT
Tabung Haji nafi dakwaan Ringgit tidak diterima di Mekah dan Madinah
Pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di dua kota suci berkenaan. - Gambar fail
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang disebar menerusi media sosial yang mendakwa kononnya mata wang Malaysia tidak diterima di Mekah dan Madinah, Arab Saudi.
TH dalam satu kenyataan berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di dua kota suci berkenaan.
"Selain itu, maklumat mengenai penggunaan kad ATM atau debit, yang membolehkan pengeluaran wang antarabangsa, yang kononnya tidak diterima, dan turut tersebar di media sosial, juga adalah tidak benar.
"Penggunaan kad ATM atau debit perlu mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran wang," kata TH.
Sehubungan itu, TH berkata para jemaah Malaysia yang akan ke tanah suci dan berhasrat untuk menggunakan kad ATM atau debit, dinasihati untuk berhubung terus dengan bank yang mengeluarkan kad berkenaan untuk maklumat penggunaan yang betul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Madinah
#Makkah
#mata wang
#ringgit
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan