awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Haji, sila beri penjelasan berhubung jual beli tanah TRX - Pemuda UMNO

Bernama
Bernama
08/05/2015
14:36 MYT
Tabung Haji, sila beri penjelasan berhubung jual beli tanah TRX - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO mohon kerajaan, Tabung Haji beri penjelasan berhubung jual beli tanah TRX
Pergerakan Pemuda UMNO memohon Kementerian Kewangan dan Tabung Haji memberi penjelasan berhubung urusan jual beli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX), di sini.
Dalam kenyataannya, Pemuda UMNO menzahirkan kebimbangan berkenaan pembelian tanah itu oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai RM188.5 juta.
"Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi Tabung Haji melalui proses penilaian yang wajar di setiap peringkat.
"Pemuda UMNO tidak menafikan keperluan Tabung Haji untuk membuat pelaburan.
"Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh Tabung Haji bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit Tabung Haji dalam bentuk dividen," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, bagaimanapun, perkara yang perlu dijelaskan adalah bagaimana transaksi pembelian tanah itu dilakukan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#Tabung Haji
#TRX
#Tun Razak Exchange
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan