NATIONAL
Tadika terbabit kes murid dilempang dibenar beroperasi

Lim Siew Lin (tengah) bersama Burhanuddin (dua, kiri) ketika melawat sebuah PPKK selepas video guru di PPKK berkenaan tular mengasari kanak-kanak di Ayer Keroh, semalam. -Foto Sinar Harian
Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) dan berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan yang beroperasi di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka dibenarkan beroperasi walaupun siasatan polis masih lagi dijalankan.
Exco Wanita Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka, Ginnie Lim Siew Lin berkata bagaimanapun dua guru yang dipercayai terlibat mengasari kanak-kanak di pusat berkenaan sudah dibuang kerja selepas laporan dibuat pengusaha Sabtu lalu.
"Semakan dibuat dan mendapati tadika yang mempunyai 23 kanak-kanak dan empat pekerja ini beroperasi secara sah serta berdaftar dengan Jabatan Pelajaran negeri.
"Insiden ini tidak wajarnya berlaku dan saya menggesa setiap tenaga pengajar yang dilantik berkelayakan termasuk memiliki sijil pendidikan awal kanak-kanak bagi menggelakkan insiden mengasari dan penderaan berlaku pada kanak-kanak," katanya selepas melawat tadika berkenaan di sini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Burhanuddin Bachik.
Menurutnya, pengusaha pusat jagaan juga perlu membuat pemerhatian dan melakukan pemantauan supaya dapat mengesan tanda awal pekerja yang cenderung mengasari kanak-kanak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami