awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tafsir surah 33:33 dengan isu COVID-19 perbuatan terpesong - Jabatan Mufti Perak

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2020
05:07 MYT
Tafsir surah 33:33 dengan isu COVID-19 perbuatan terpesong - Jabatan Mufti Perak
Melalui satu kenyataan, Jabatan Mufti Perak berkata mereka yang membuat kenyataan itu telah melakukan pemesongan di luar konteks terhadap ayat-ayat kalam Allah SWT tanpa sandaran ilmu yang benar.
Baru-baru ini tular di media sosial mengaitkan tafsiran ayat al-Quran yang dikatakan mempunyai maksud berkaitan dengan penularan wabak COVID-19.
Pelbagai persoalan bermain di minda warganet sama ada ia benar ataupun tidak.
Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan di Facebook berkata mereka yang membuat kenyataan itu telah melakukan pemesongan di luar konteks terhadap ayat-ayat kalam Allah SWT tanpa sandaran ilmu yang benar.
"Tular di media maya berkaitan perkara ini yang secara langsung mengaitkan nas al-Quran surah al-Ahzab ayat 33, seolah-olah menyebut tentang wabak COVID-19 ini dan kaitan dengan larangan keluar rumah.
"Dalam ayat 33 surah al-Ahzab yang disebut itu memperihalkan berkenaan akhlak para isteri Nabi SAW yang menunjukkan ketinggian status dan keunggulan mereka yang boleh menjadi teladan kepada seluruh wanita muslimah.
"Antaranya mengenai akhlak ketika berbicara, memelihara diri semasa keluar dari rumah yang hanya wujud keperluan syarak sahaja serta tegahan berhias diri seperti perempuan jahiliah," katanya.
Kenyataan sama menyebut, masyarakat Muslim termasuk warganet sepatutnya tidak menularkan perkongsian seperti itu tanpa menyelidik kebenarannya kerana bimbang membawa kerosakan kepada masyarakat.
"Apabila diteliti maka didapati bahawa rata-rata lapisan masyarakat menyukai sesuatu yang ganjil dan menularkannya tanpa sebarang semakan dan penelitian terhadap kesahihannya.
"Sikap sebegini jelas akan membawa kepada fitnah dan kerosakan dalam masyarakat. Pendekatan terbaik adalah menyekat sesuatu maklumat yang tidak pasti apabila sampai kepada kita tanpa meluaskannya kepada orang lain," tulis kenyataan itu lagi.
Pada 3 April lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 3,333.
Keadaan itu menjadikan ada pihak-pihak mengemukakan teori kononnya 3,333 jumlah jangkitan itu ada kaitan dengan tafsiran ayat 33 pada surah ke-33 iaitu surah al-Ahzab yang menyebut waqarna dan menyamakannya dengan korona kerana bunyinya yang mirip.
Ia kemudiannya menimbulkan persoalan hukum apakah pernyataan al-Quran dalam surah itu membuktikan kebenaran wabak COVID-19 termasuk larangan keluar rumah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#larangan keluar rumah
#pembohongan nyata
#tafsiran ayat al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan