awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahan sakit, 40 minit kaki sangkut dalam lubang jamban

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
20/08/2018
06:04 MYT
Tahan sakit, 40 minit kaki sangkut dalam lubang jamban
Kejadian itu menyebabkan mangsa, Nor Fazilahtulakma Pauzan, 28 tahun, yang berasal dari Kampung Keledek, Kuala Lipis, Pahang terseliuh kaki. - Foto JBPM
Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan selama 40 minit apabila kakinya tersangkut di dalam mangkuk tandas awam di Stesen Keretapi Gua Musang, Kelantan hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.20 pagi itu, mangsa dipercayai ke tandas untuk membuang air kecil sebelum tergelincir lalu kaki kanannya termasuk ke dalam lubang tandas sehingga paras buku lali.
Kejadian itu menyebabkan mangsa, Nor Fazilahtulakma Pauzan, 28 tahun, yang berasal dari Kampung Keledek, Kuala Lipis, Pahang terseliuh kaki.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Pegawai Bomba Kanan II, Hasri Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 6.22 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Tandas
Drama 40 minit dalam tandas! - Gambar JBPM
Katanya, seramai sembilan anggota diarah ke lokasi berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan.
Pihak bomba terpaksa memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan kaki wanita terbabit.
Operasi menyelamat mengambil masa 33 minit dan mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan jentera Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) untuk rawatan.
Operasi dilaporkan berakhir pada pukul 7.03 pagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#EMRS
#Hospital Gua Musang
#lubang tandas
#Nor Fazilahtulakma Pauzan
#Stesen Keretapi Gua Musang
#tandas
#Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan