awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap kesedaran masih rendah, Malaysia duduki tangga ke-30 dalam 'World Giving Index'

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
07/12/2019
07:39 MYT
Tahap kesedaran masih rendah, Malaysia duduki tangga ke-30 dalam 'World Giving Index'
Steven menambah bahawa kedudukan tersebut bukan menjadi matlamat utama negara, tetapi semangat yang dipupuk itulah yang perlu difokuskan oleh rakyat. - BERNAMA
Tahap kesedaran tentang kesukarelawanan rakyat Malaysia masih berada di tahap rendah.
Menurut kajian Charities Aids Foundation (CAF) World Giving Index, Malaysia menduduki tangga ke-30 daripada 146 buah negara yang tersenarai.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Steven Sim Chee Keong menegaskan bahawa tahap kesedaran tersebut tidak harus diukur berdasarkan ‘ranking’ meskipun kedudukan Malaysia kini berada di belakang negara-negara jiran.
Hal ini kerana, beliau menjelaskan bahawa Malaysia sememangnya sudah mempunyai semangat kemasyarakatan yang tinggi sejak dahulu lagi.
“Walaupun sekarang kita berada di tangga ke-30 dalam World Giving Index dan berada di belakang negara-negara jiran,”
“Saya yakin dengan galakan daripada kerajaan daripada NGO dan juga pihak swasta, Malaysia mampu untuk maju atau menambah baik kedudukan kita di carta ini,” ujar Steven.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, Malaysia berada di belakang negara jiran seperti Myanmar yang berada di tangga kedua, manakala Indonesia di tangga ke-10 dan Thailand di tangga ke-21.
Dalam pada itu, beliau menambah bahawa kedudukan tersebut bukan menjadi matlamat utama negara, tetapi semangat yang dipupuk itulah yang perlu difokuskan oleh rakyat.
“Matlamat kita sebenarnya adalah ingin mempupuk semangat bersatu padu bergotong-royong, bantu-membantu, semangat keharmoninan di kalangan anak muda di Malaysia, itu matlamat utama kita sebenarnya,” katanya.
Steven berkata demikian semasa menghadiri Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kesukarelawanan Malaysia (HKM) 2019 yang diadakan di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya, pagi tadi.
Hari Kesukarelawanan dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia atau International Volunteer Day (IVD) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 5 Disember setiap tahun.
Ia juga diwujudkan bagi menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh sukarelawan kepada masyarakat bertemakan Hala Tuju Sukarelawan di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Belia
#Charities Aids Foundation CAF World Giving Index
#Hari Kesukarelawanan Malaysia 2019
#International Volunteer Day IVD
#Malaysia
#NGO
#rakyat
#rakyat Malaysia
#semangat kemasyarakatan
#Steven Sim Chee Keong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan