awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lufthansa batalkan penerbangan ke AS menjelang ribut musim sejuk
Enam pemain bintang ini berpotensi terlepas aksi Arsenal vs Manchester United
Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan susulan ribut musim sejuk di AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap kesiapsiagaan SPR hadapi PRU dibangkit di Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
16/07/2020
00:06 MYT
Tahap kesiapsiagaan SPR hadapi PRU dibangkit di Dewan Rakyat hari ini
Sidang Dewan hari ini juga bakal menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail
Tahap kesiapsiagaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) menjadi antara perkara yang bakal dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) dijadual mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai isu tersebut dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang kebiasaanya bermula tepat jam 10 pagi.
Beliau juga dijadual bertanyakan mengenai perkembangan cadangan untuk mengaplikasi kaedah pengundian secara elektronik (e-undi) sebagai alternatif kepada kaedah konvensional dalam tempoh pasca COVID-19.
Pandemik COVID-19 terus mendapat perhatian dengan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (Bebas-Jerlun) dijangka bertanyakan mengenai inisiatif serta strategi memulihkan aktiviti perdagangan dan ekonomi yang terjejas teruk akibat wabak itu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) pula, dijangka bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai komitmen kerajaan dalam menangani isu integriti dan rasuah yang kini dilihat lebih tertumpu kepada ekonomi serta kesihatan akibat COVID-19.
Sidang dewan yang memasuki hari keempat hari ini juga bakal menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Mahdzir Khalid
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan