awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nuh Travel bantu urus tiket penerbangan suami, anak Nadia Kesuma ke Jeddah
Polis minta bantuan orang ramai kesan pengasuh kanak-kanak hilang di Rompin
Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma yang hilang di Jeddah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahfiz terbakar: Kebumi satu liang lahad jika keluarga setuju

Bernama
Bernama
14/09/2017
10:32 MYT
Tahfiz terbakar: Kebumi satu liang lahad jika keluarga setuju
Jika mendapat persetujuan waris keluarga, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah di Karak. -Foto ihsan Bomba
Jenazah 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung sini hari ini mungkin dikebumikan dalam satu liang lahad sekiranya mendapat persetujuan keluarga.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menguruskan dari awal hingga akhir urusan pengebumian jenazah kesemua mangsa kebakaran pagi tadi.
Jika mendapat persetujuan waris keluarga, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah di Karak, katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kebakaran di pusat tahfiz itu.
Lokasi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Lokasi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Katanya lagi, proses pengebumian akan dilakukan secepat mungkin selepas proses forensik selesai.
Dalam pada itu katanya JAWI dan MAIWP juga akan memberikan kesemua bantuan yang diperlukan kepada mangsa yang terselamat termasuk penempatan sementara mereka.
Asyraf berkatanya seorang kaunselor juga disediakan untuk setiap keluarga bagi memastikan psikologi dan emosi mereka dapat diurus dengan baik akibat trauma kejadian.
Sementara itu beliau merayu keprihatinan dan rasa tanggungjawab rakyat Malaysia supaya tidak terus menularkan gambar mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.
"Dengan rasa amanah dan tanggungjawab tolonglah jaga sensitiviti keluarga dan hormati jenazah. Jika berlaku pada keluarga kita sendiri ia pasti meruntun perasaan kita," katanya.
Katanya orang ramai juga diminta berhati-hati dengan sebarang pungutan derma kilat berikutan kejadian kerana dikhuatiri terjebak dengan penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
#liang lahad
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan