Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

'Tahniah petugas barisan hadapan! Tahniah rakyat Malaysia!' - PM

'Tahniah petugas barisan hadapan! Tahniah rakyat Malaysia!' - PM
Jelas Muhyiddin, jumlah kes harian tempatan menurun sehingga merekodkan angka satu digit sejak akhir-akhir ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengucapkan syabas dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sehingga kini masih bertungkus-lumus mengawal penularan wabak COVID-19 di dalam negara.

Pada masa yang sama, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan rasa bangga kepada seluruh rakyat Malaysia atas kerjasama yang sangat baik dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Perkara itu dinyatakan beliau menerusi muat naik terbaharu di Facebook sebagai penghargaan atas kejayaan negara yang mencatatkan kes harian COVID-19 terendah dengan satu kes import dan kes jangkitan sifar tempatan semalam.

Jelas Muhyiddin, jumlah kes harian tempatan menurun sehingga merekodkan angka satu digit sejak akhir-akhir ini.
BACA: Senyuman, tepukan buat 'hero Malaysia', Dr Noor Hisham dan pasukan

Beliau percaya trend penurunan ini menunjukkan tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang wabak COVID-19 serta pematuhan kepada SOP semakin tinggi.

Pada masa sama, beliau mengingatkan agar rakyat tidak merasa terlalu selesa sehingga alpa dan lalai dalam usaha mengawal jangkitan wabak tersebut.


 
 


Tag: Muhyiddin Yassin, Facebook, SYABAS, SOP, Perdana Menteri, rakyat, rakyat Malaysia, menteri, Malaysia, koronavirus, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.