Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tahun Baharu Cina: 316 bas ekspres diberi LPS, tampung permintaan pengguna - Anthony Loke

Tahun Baharu Cina: 316 bas ekspres diberi LPS, tampung permintaan pengguna - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika ditemui dalam sidang media di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada Rabu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 316 buah bas diberi kelulusan Lesen Perubahan Sementara (LPS) sempena Tahun Baharu Cina tahun ini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, penambahan bas itu bagi menampung permintaan yang dijangka terus meningkat.
"Pada tahun ini, kita telah memberikan kelulusan tambahan untuk Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada 316 bas tambahan. Saya difahamkan pengurusan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), musim Tahun Baharu Cina ini, ada 200,000 orang penumpang menggunakan terminal ini berbanding tahun lepas iaitu peningkatan lebih 16 peratus," katanya.

Jelasnya, peningkatan itu amat menggalakkan sejajar dengan kempen kementeriannya agar masyarakat lebih menggunakan pengangkutan awam terutama ketika musim perayaan.
"Lebih ramai orang gunakan pengangkutan awam pada musim perayaan, ia akan memastikan kesesakan dapat dikurangkan. Ia lebih selamat dan tidak meletihkan kepada pengguna sendiri daripada memandu kenderaan berjam-jam ke destinasi masing masing.

"Kita telah meminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ke Utara dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Loke dalam sidang media di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada Rabu.

Terdahulu, Loke melancarkan sistem tiket tanpa tunai di terminal itu sebelum meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dan menyampaikan cenderamati kepada pengguna.


Tag: KTMB, TBS, Terminal, Bas Ekspres, Tahun Baru Cina, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Perayaan, Pengangkutan Awam, E-wallet



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.